Panduan Tentang Biokeselamatan Di Tasmania Untuk Pengunjung

​​​​Bahasa Melayu

Panduan Tentang Biokeselamatan Di Tasmania Untuk Pengunjung – Apa Yang Boleh Dan Yang Tidak Boleh Anda Bawa Masuk Ke Tasmania

Keperluan biokeselamatan yang dikenakan di Tasmania adalah antara yang paling tegas di dunia. Tolong bantu kami lindungi Tasmania daripada haiwan perosak, rumpai dan penyakit yang dibawa masuk. Pastikan anda tidak membawa atau mengimport barang-barang terlarang apabila anda melawat kami. Jika haiwan perosak, rumpai atau penyakit dibawa memasuki kawasan pengeluaran, langkah-langkah pengawalan yang mahal terpaksa dilaksanakan dan pengeluar boleh kehilangan bahagian pasarannya. Akibatnya ialah belanja berjuta-juta dolar oleh industri utama dan komuniti.

Panduan ringkas ini dapat membantu anda apabila anda datang ke Tasmania, tetapi ingat, keperluan ini boleh berubah. Untuk mengikuti perkembangan terkini atau untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, hubungilah pihak berkuasa biokeselamatan antara negeri yang berkenaan.

 

 

Yes = Ya, anda boleh bawa masuk barang ini ke Tasmania More Information = Minta maklumat selanjutnya; anda mungkin memerlukan permit atau diminta memberikan maklumat tambahan* No = Tidak, anda tidak boleh bawa masuk barang ini ke Tasmania
* Lihat maklumat perhubungan di bawah ini

Haiwan

Kulit dan belulang haiwan (kulit rubah yang tidak disamak) More Information
Lebah (termasuklah indung madu dan peralatan penternakan lebah yang terpakai) No
Burung: Ciak Berekor Belang, Parkit Langka, Kakaktua Kenit, Ayam Mutiara, Merak dan Kenari Yes
Kucing, kuda, tikus Belanda Yes
Haiwan krustasea (termasuklah udang karang/ getak air tawar) No
Anjing (mesti dirawat untuk membuang cacing pita hidatid sebelum dibawa masuk) More Information
Haiwan jalang (rubah, kodok raksasa, ikan kap Eropah, burung tiung India, dan sebagainya) No
Feret No
Ikan (air tawar ataupun laut)
• Barang import persendirian atau komersial (hidupan, termasuklah spesies ikan akuarium) More Information
• Umpan (siput, cacing, dan sebagainya) No
• Produk ikan More Information
• Ikan emas No
Serangga No
Ternakan (lembu, khinzir, biri-biri, dan sebagainya) More Information
Hidupan liar asli, merpati dan burung peliharaan More Information
Ayam, angsa, ayam Belanda dan itik serta telur haiwan-haiwan ini yang akan menetas Yes
Haiwan reptilia dan amfibia No

Barang makanan

Makanan perkhemahan (yang dikeringkan secara sejuk beku) Yes
Hasil tenusu seperti susu, keju dan dadih (segar atau berbentuk serbuk) Yes
Telur Yes
Ikan (bertin) Yes
Ikan (emping ikan, jenahak, trout karang, siakap, tuna, bulus, demudok, ling, sotong, udang, daging ketam, udang getak) (segar/ disejuk beku, seekor/ filet)** Yes
Ikan (salmon, trout, belut, ikan hake, kod, kakap, belanak, ikan sebelah, ikan kuku, baji-baji, sardin); kerang-kerangan (tiram, kepah, kupang, abalone) (hidup ataupun mati) No
Madu
Yes
Daging (ayam itik, sosej, salami, hirisan daging) Yes
Daging (khinzir, kambing, lembu untuk kegunaan sendiri) Yes
Makanan proses (mi, roti, beras, bijirin, makanan bayi, biskut, kek buah, pastri, jem, sos) Yes
Teh dan kopi Yes
** Makanan laut mesti menunjukkan nama biasa dan nama saintifik pada labelnya

Buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang (produk)

Buah-buahan dan sayur-sayuran (segar) No
Buah-buahan dan sayur-sayuran (dimasak, disejuk beku, bertin, diawet, dikeringkan secara komersial) Yes
Ulam buah-buahan (segar) More Information
Ulam sayur-sayuran hijau (dibungkus) Yes
Ulam sayur-sayuran hijau No
Herba (segar) More Information
Herba dan rempah-ratus (dikeringkan dan tidak boleh hidup lagi) Yes
Kekacang (dikeringkan) Yes
Bawang besar, bawang merah, kucai, bawang putih More Information
Kacang pi (segar atau dikeringkan, termasuklah benih semaian) More Information
Kentang (segar ataupun benih) No

Mesin, peralatan dan barang-barang yang berkaitan

Peralatan pertanian dan rekreasi yang tercemar oleh bahan tumbuhan atau tanah No
Kasut but (bersih daripada tanah) Yes
Kelengkapan menangkap ikan dan menyelam termasuklah bot, papan luncur dan kasut but randuk (laut ataupun air tawar) More Information
Peralatan penternakan lebah yang terpakai No

Tumbuh-tumbuhan dan barang-barang yang berkaitan

Bebawang, umbisi More Information
Bunga dan dedaun yang dipotong More Information
Pokok, anak benih dan benih buah-buahan dan sayur-sayuran More Information
Alat-alat berkebun (bersih daripada tanah) Yes
Pokok, keratan atau kayu mata tunas anggur More Information
Pokok hiasan/ di dalam pasu dan stok semaian More Information
Tanah atau apa-apa sahaja yang mengandungi tanah No
Makanan ternakan (jerami, bijian, biji/ batang makanan burung) More Information
Balak dan hasil balak (tidak dirawat) More Information
Rumpai dan benih rumpai (sebagai bahan cemar) No

Untuk bertanya sama ada barang-barang yang berikut boleh dibawa masuk ke Tasmania, hubungi:

  • Tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan – (03) 6165 3777
  • Anjing – Talian Percuma 1800 684 215
  • Ikan akuarium dan ikan peliharaan – (03) 6165 3777
  • Ikan, produk ikan, peralatan menangkap ikan/ menyelam (laut dan air tawar) – 03 6165 3777
  • Lebah dan haiwan ternakan/ peliharaan/ jinak (termasuklah larangan membawa ternakan yang dikenakan terhadap Kepulauan Selat Bass) – Doktor Haiwan Kuarantin 03 6165 3777
  • Hidupan liar asli dan burung peliharaan – 03 6165 4305
  • Ikan larangan yang bersirip – www.dpipwe.tas.gov.au/biosecurity

Maklumat Lanjut

Panduan ringkas ini dapat membantu anda apabila anda datang ke Tasmania, tetapi ingat, keperluan ini boleh berubah. Untuk mengikuti perkembangan terkini atau untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, hubungilah pihak berkuasa kuarantin antara negeri yang berkenaan.

Manual Biokselamatan Tumbuhan

Syarat dan sekatan mengimport tumbuhan dan bahan-bahan lain yang ditentukan ke Tasmania:Manual Biokselamatan Tumbuhan

Spesies Ikan Eksotik

Lihat laman web Perikanan Pedalaman untuk mendapatkan maklumat tentang spesies ikan eksotik yang terlarang
Laman web: www.ifs.tas.gov.au

Maklumat perhubungan yang selanjutnya: Halaman Untuk Menghubungi Pihak Biokeselamatan Tasmania

Back Home